Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, August 10, 2017

Jalan Menuju Petunjuk ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Bidayah al-Hidayah adalah sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Ia telah menjadi bahan rujukan utama dalam kalangan umat Islam tanpa dibatasi sempadan negara dan perbezaan bangsa. Bahkan, kitab ini telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Itulah antara tanda keberkatan dan penerimaan kitab ini. 

Di Nusantara, kitab Bidayah al- Hidayah ini telah diterima dengan baik sebagai baahan bacaan umum dan khusus, sama ada di masjid-masjid, surau serta pusat-pusat pengajian. Ia menjadi bahan yang dipelajari oleh setiap pelajar yang ingin memulakan jalan menuntut ilmu. Keistimewaan kitab ini adalah, ia menjadi panduan atau boleh disebut sebagai manual harian bagi seorang Muslim sama ada berkaitan amalan ketaatan (rohani dan jasmani), menjauhi kemaksiatan dan perhubungan sesama insan. Ketiga-tiga perkara ini ialah tunggak utama kepada seorang Muslim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...