Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, March 28, 2017

Tafsir Ibnu Katsir ~ Pustaka Imam Syafie

DISKAUN 15%

SAIZ KECIL (1-10 JILID):
(SEM & S/S) RM790.00 > RM671.50

SAIZ BESAR (1-6 JILID)
(SEM & S/S) RM890 > RM756.50

Al-Hafizh ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) adalah salah seorang ulama yang telah berhasil melakukan kajian tafsir dengan sangat hati-hati serta dilengkapi dengan hadits-hadits dan riwayat-riwayat yang masyhur. Hal itu terbukti dengan ketelitiannya dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur-an yang mulia telah menjadikan kitab tafsirnya tersebut sebagai rujukan sekaligus bahan kajian bagi mayoritas kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak diragukan lagi bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir yang kandungan isinya tidak dibaurkan dengan ilmu lain.

Dengan demikian, tafsir Ibnu Katsir ini diharapkan dapat mencapai tujuan yang tinggi dan mulia, yaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus dan valid serta jalan pemahaman ulama Salafush Shalih yaitu penafsiran al-Qur-an dengan al-Qur-an, penafsiran al-Qur-an dengan hadits, dengan merujuk kepada pendapat para ulama Salafush Shalih dari kalangan para Sahabat dan Tabi’in dengan konsep dan kaidah bahasa Arab. Lalu DR. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh meringkas kitab ini dan memberi nama “Lubaabut Tafsiir”.

Fragile ~ Syira Lokman

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sabarlah, kadangkala takdir kita hanya bertemu dan kenal tapi bukan berjodoh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
- Pasangan sempurna
- Hebatnya al-Quran
- Cinta untuk siapa?
- Impian
- Tiada yang sempurna
- Be yourself
- Bangkitlah demi hidupmu
- Memberi kerana apa?
- Kejayaan aku dan dia tidak sama
- Mengapa mudah lemah
- Batas dan panduan
- Kahwin awal
- Sendiri cipta stress
- Bukan hanya melepas senafas kata-kata
- Penjara jiwa
- Masalah? menguatkan atau melemahkan
- Terbang tunduk
- Dalam dakapan Tuhan
- Semoga jiwa ini makin utuh
- Khabar kepada Tuhan
- Allah sebaik-baik perancang
- Doa
- Tidak sabar atau terlalu banyak bersabar?
- Makin pandai atau makin terabai?
- Hikmah
- Pilihan
- Siapa sangka
- Dongeng si puteri
- Ubat daripada Tuhan
- Istidraj

Cerita Bangsa Gemok ~ Rafiuddin Rabu

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kalau kau tak mampu nak jadi kurus, berusahalah untuk terus menjadi seorang gemok yang sihat dan berjasa.

Monday, March 27, 2017

Fiqh Jenazah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ujian, termasuk hidup dan mati juga menjadi ujian.

Mengetahui segala hukum dan adab berkaitan jenazah amatlah penting kerana ini merupakan hak si mati yang menjadi kewajipan secara fardu kifayah terhadap yang hidup dalam menguruskan hingga si mati dikebumikan dengan penuh penghormatan.

Maka, sewajarnyalah kita umat Islam memiliki buku ini bagi meraikan hak saudara kita dalam mengurus mayat dengan sempurna.

Thursday, March 23, 2017

What's Up Turks? ~ Ayza Gursoy

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Orang kata, susah kahwin campur ni. Budaya lain, bahasa lain, makanan pun lain.

Tapi...dalam perbezaan itu, seronok juga belajar perkara baru.

Kadang nak tergelak pun ada masa mula-mula nak suaikan diri di bumi Turki.

Kadang menangis tiba-tiba bila teringat ibu di Malaysia.

Tapi itulah...tak kenal maka tak cinta. Dan saya jatuh cinta kepada bumi Turki!

What's Up Turks?

Run Back ~ Syafiq Nasri

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Jika kita tidak kembali bertuhan kepada Allah.

Sampai bila-bila kita akan penat berlari tanpa menjumpai penghujungnya.

Dengan lafaz yang hakiki, kita mulakan larian ini.

Let's Run Back to Allah.

Memori ~ Mr. Apis

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Hidup ini pilihan.
Dan pilihan itu sentiasa ada pada diri kita.
Jangan disebabkan pilihan yang kita lakukan hari ini, buat kita menyesal kelak.

Betul!
Pilihan ada pada diri kita,
Tapi jangan abaikan panduan daripada Maha Pencipta.

Semua orang pernah jatuh ke dalam lubang maksiat,
apa yang buat dia hebat adalah,
dia berusaha cari keampunan daripada Allah.
Dan ajar diri untuk istiqamah dalam kebaikan.

Monday, March 20, 2017

Takdir Itu Anugerah ~ Mohd Sukur Ibrahim

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Himpunan status inspirasi daripada FB Tuan Sukur yang dikategorikan mengikut tema berserta gambar-gambar berkaitan yang menarik.

Bahagia Itu Gembira
Berjaya Itu Usaha
Berniaga Itu Sunnah
Bersahabat Itu Ukhuwwah
Hebat Itu Anugerah
Kaya Itu Subjektif
Keyakinan Itu Kekuatan
Memaafkan Itu Positif
Reda Itu Penerimaan
Umrah Itu Ketenangan

Napoleon Bonaparte: Sang Penakluk Eropah ~ Glenat Edition

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Bagaimanakah seorang tentera bertubuh kecil dari sebuah pulau menjadi Napoleon Pertama dan Maharaja Perancis?

Seorang jeneral, konsul, dan anak muda yang bercita-cita tinggi ini adalah seorang reformis yang bersemangat tinggi. Menerusi Revolusi Perancis, beliau berjaya menggulingkan sistem aristokratik yang menjadi amalan rejim lama. Beliau juga adalah pengasas negara moden dan genius dalam bidang ketenteraan yang mendominasi monarki-monarki di Eropah.

Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.

Hayatus Sahabah: 20 Kisah Sahabat ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Dalam Islam, terdapat 3 syarat utama untuk seseorang itu digelar Sahabat
Rasulullah SAW. Mereka mestilah sempat hidup sezaman dengan Rasulullah SAW
serta sempat bersua muka atau mendengar suara Baginda. Keduanya, mereka
mestilah beriman dan ketiga, mereka kekal dalam agama Islam sehingga
meninggal dunia. Jumlah mereka tidak dapat dikenal pasti secara tepat.
Namun kisah kehebatan dan jasa bakti mereka sentiasa diulang-ulang dan
terakam kemas dalam bentuk buku khususnya.

20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam buku ini adalah antara Sahabat
yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW.
Antaranya:

• ‘Umair Ibnu Wahb
• Tsumamah bin Utsal
• ‘Amru bin al-Jamuh
• Majza’ah bin Tsaur as-Sadusi
• Usaid bin Hudhair

Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis ~ Glenat Edition

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Salahuddin Al-Ayyubi adalah satu watak besar dalam lembaran sejarah Islam. Legenda yang mengukir pelbagai pencapaian hebat semasa hayatnya. Panglima perang yang mendedikasikan hidupnya untuk dua tujuan, iaitu menyatukan umat Islam di bawah kekuasaannya demi memimpin jihad menentang Tentera Salib dan mengusir mereka dari jajahan takluk mereka di Syria-Palestin.

Cita-citanya yang tinggi itu tercapai dengan kemenangan tentera Islam dalam pertempuran di Hattin pada tahun 1187. Kejayaan itu turut membuka jalan kepada Salahuddin dan tenteranya untuk membebaskan semula Baitul Maqdis selepas hampir satu kurun lamanya ditakluk oleh Tentera Salib.

Tip-tip Cemerlang Daripada Quran ~ Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah petayang lengkap lagi selamat, mlah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil, dan paling tepat).

Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: Pendahuluan
Mencari Kecemerlangan Hakiki

BAHAGIAN 2: Tip-Tip Cemerlang
Cemerlang dengan Menjadi GlobalChampion
Cemerlang dengan Iman dan Takwa
Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Cemerlang dengan Ilmu Semasa
Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran
Cemerlang dengan Wawasan
Cemerlang dengan Merancang
Cemerlang dengan Ikhlas
Cemerlang Berlandaskan Syariat
Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat
Cemerlang dengan Solat
Cemerlang dengan Zikrullah
Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah
Cemerlang dengan Tawakal
Cemerlang dengan Menjaga Kualiti
Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan
Cemerlang dengan Memelihara Amanah

Cerita Daripada Mutawif ~ Dato' Hj. Md Daud Che' Ngah

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Himpunan kisah-kisah benar yang dialami oleh para tetamu ALLAH SWT sewaktu menunaikan haji dan umrah di Makkah serta ziarah di Madinah. Perkongsian daripada insan yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam pengurusan haji dan umrah ini, bukan bertujuan untuk mendedahkan keburukan yang menimpa jemaah atau memberi pujian kepada jemaah yang dipermudahkan urusan oleh-NYA.

Namun, ia sekadar untuk memberi iktibar kepada semua Muslim agar berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan di samping memiliki ilmu yang mantap jika hendak beribadah di Makkah. Malah, jauh sekali untuk menukilkan bentuk penghinaan, merendah-rendahkan sikap jemaah atau mahu mencampuradukkan pandangan serta kredibiliti Mantan Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji ini dalam mencampuri hal ehwal politik agar pembaca tidak tersalah anggap terhadap sebarang coretan di dalam naskhah ini.

Thursday, March 16, 2017

Fiqh Forensik ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr.Faridah Mohd Nor, Dr. Aspalilah Alias

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Fiqh Forensik merupakan bidang yang jarang-jarang diterokai oleh masyarakat umum. Bahkan sumber-sumber rujukan tentang ilmu forensik dan hukum-hukum dalam pengurusan mayat orang Islam juga tidak banyak didapati di negara ini.

Setelah melihat pelbagai musibah yang berlaku di Malaysia seperti tragedi nahas MH370 dan MH17, banyak persoalan yang masih belum terungkai dalam bidang forensik serta syariah Islamiyyah.

Apakah pandangan Islam tentang pengurusan mayat dalam bidang forensik?

Buku ini mengupas beberapa persoalan dan kemusykilan dalam masyarakat umum tentang hukum-hakam pengurusan mayat orang Islam dalam bidang forensik pada pandangan Islam.

Tuesday, March 14, 2017

Hipster Hartanah ~ Harith Faisal

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tip & Motivasi Beli Rumah Untuk Orang Muda

Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki sebuah rumah.

Semakin lambat anda beli rumah, semakin banyak peluang yang anda terlepas. Dahulukan mana yang patut didahulukan. Kalau belum mampu nak beli rumah bertanah, tidak salah mulakan dengan flat atau apartmen dahulu. Ingat ini, rumah impian tidak semestinya rumah pertama anda.

Tak perlu nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual itu. Beli sahaja rumah banyak-banyak di awal usia, sudah tentu anda adalah HIPSTER HARTANAH.

Selepas baca buku ini, anda tidak akan menyesal untuk beli rumah walaupun untuk duduk sendiri. Percayalah! Anda akan belajar cara yang betul untuk dapat keuntungan daripada pembelian dan pelaburan hartanah khas untuk anak muda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda sekarang!

I'm A backpacker: Germany ~ Khairul Abdullah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Jerman ni macam terngiang-ngiang saja di telinga. Banyak kali dengar. ... Tapi itulah. Setakat dengar saja. Tak terasa nak pergi. Tak ada pulak dalam senarai negara mesti dilawati. … Tapi lepas Backpackers Korea dan Eropah, ada buku ni. Jadi mesti ada sebab KENAPA Jerman? Kenapa ada orang, bila dah pergi Jerman sekali, pergi lagi dan lagi? Tak ada negara lain dah? Kenapa ada yang duduk Jerman terus? … Rasanya Jerman ni, kes dia adalah 'tak kenal, maka tak cinta'. … Bila kau dah kenal dia, kau akan tanya, “Kenapalah aku tak tahu benda ni dari dulu lagi?” Kau mula tak dapat kawal diri. Kau terbayang-bayang Altstadt, Obersee, dan Königssee. … Yang kau pegang ni, buku ini, adalah detik pertama pandangan kau dan Jerman; rasa yang berpindah daripada mata, jatuh ke hati.

Thursday, March 9, 2017

Memburu Uwais Al-Qarni dan Kisah-kisah Sahabat Lain ~ Ustaz Abu Maryam

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

200 Wasiat Ibnu Arabi ~ Ustaz Mat Esa Deraman

(SEM & S/S) RM47.00 > RM41.40

Beberapa wasiat Ibnu Arabi :

Allah berada di sisi hamba-nya ketika sakit. Tidakkah engkau melihat orang sakit yang tidak punya tempat meminta pertolongan selain Allah dan tidak ada yang diingatinya kecuali Dia ?

**********
Berhati-hatilah, jangan engkau menjadi orang yang tidak mamhu memohon pertolongan kepada Tuhan, kerana orang seperti ini bereti bahawa ia telah menuduh-Nya sebagai bakhil.

**********
Peliharalah hak jiran tetangga dan dahulukanlah jiran yang paling hampir. Berilah jiranmu apa yang telah dianugerahkan Allah SWT kepadamu, kerana engkau akan ditanya tentang mereka.

Hologram ~ Iwan Reaz

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Apa yang harus aku lakukan? Masa semakin singkat. Mereka akan mengatakan aku gila jika aku memberitahu bahawa mereka semua bakal mati. Ahhh! Aku semakin tertekan. Namun entah mengapa, kakiku kembali semula melangkah ke pintu utama pejabat. Pantas dan tangkas. Walaupun otak sudah tidak lagi bertindak cerdas.

“Get out from here right now! You guys are in danger! Quick!” Aku terlolong di tengah pejabat.

Suasana sunyi. Semua berhenti menaip, berhenti berbincang, berhenti bekerja. Aku menjadi perhatian. Semua orang memandang tepat ke arah aku.
---------------------------------------

Buku PURIS ini sesuai untuk pecinta karya fiksyen berorientasikan seram dan misteri. Buku HOLOGRAM oleh penulis muda IWAN REAZ perlu anda miliki. Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

Himpunan Solat Sunat Lengkap Berserta Doa & Wirid Harian ~ Ustaz Abdul Aziz Ismail

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

"Orang yang beriman digalakkan melaksanakan ibadah sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah dan meraih kebaikan daripadanya"

Aisyah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda, " Sesiapa yang sentiasa mengerjakan solat sunat 12 rakaat, Allah akan membina rumah untuknya di syurga..."( Riwayat Turmizi)

Buku Himpunan Solat Sunat Lengkap Berserta Doa & Wirid Harian menghimpunkan jenis dan tatacara bagi melaksanakan solat-solat sunat. Semoga kita dapat beribadat berpandukan ilmu dan termasuk dalam golongan orang yang soleh.

66 Ilmuwan Islam ~ Ustaz Muhammad Hatta Selamat

(SEM & S/S) RM52.00 > RM45.80

Buku 66 Ilmuwan Muslim Terkenal menghimpunkan tokoh Muslim di sepanjang zaman dalam pelbagai bidang. Antara mereka adalah: - 

  • ABDUL RAHMAN AL-SUFI (Penulis Buku Astronomi Bergambar Paling Awal) 
  • ABU MANSYUR AL-BAGHDADI (Raja Arimatik Dan Matematik)  
  • ABU MA'SHAR AL-BALKHI (Pakar dalam Astronomi, Sains Pertama yang Menafikan Aristotle) 
  • ULUGH BEG (Astronomi Terkenal dan Guru Matematik) 
  • TIMUR LENG (Pahlawan Perang Terbilang) 
  • QAYYUM NASIRI (Menguasai Ilmu Arimatik dan Beberapa Bahasa, Pencetus Kemodenan Negara "Beruang Merah")  
  • RAHMAN AL-FASI (Poligraf yang Serba Boleh, Mewariskan Ratusan Karya Astronomi dan Kedoktoran)

Kesempurnaan Muhammad Rasulullah s.a.w ~ Imam At-Tirmizi

(SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

Surah Al-Khafi & Yasin ~ Al-Hidayah

(SEM & S/S) RM3.90 > RM3.40

Tuesday, March 7, 2017

Projek Hafal Hadis ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Buku Projek Hafal Hadis ini bersesuaian dengan tajuknya iaitu untuk mengajak semua golongan baik kanak-kanak mahupun dewasa untuk menghafal dan menghayati hadis Rasulullah SAW. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian dengan setiap bahagian menerangkan tentang ilmu hadis secara tepat dan padat. Apabila kita sudah menguasai dan mengetahui tentang sesuatu hadis itu sudah tentu kita lebih yakin untuk menyampaikan ilmu atau berhujah bagi mengajak lebih ramai lagi golongan untuk meminati Islam, insya-Allah.

Di Sebalik Fiqah Forensik ~ Ahmad Syukran Baharuddin

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.00

Ilmu sains forensik merupakan salah satu cabang daripada teknologi kini yang jarang diberi perhatian dalam perbincangan melibatkan hukum Islam. Pelbagai persoalan timbul mengenai penggunaan sains forensik dari kaca mata Islam. Justeru, buku ini merupakan kompilasi soal jawab yang disusun daripada Kolum Soal Jawab Fiqah Forensik, majalah al-Ustaz. Buku ini juga mengupas mengenai forensik makanan, harta pusaka dan jenayah seperti mencuri, zina, liwat, arak, judi, dadah, sihir dan sebagainya. Hukum penggunaan sains forensik dalam Islam juga dijelaskan. Buku ini sangat bermanfaat untuk dimiliki kerana huraian kepada setiap persoalan yang dikemukakan adalah lengkap dan mudah difahami.

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Mempunyai panduan Waqaf & Ibtida’ berwarna bagi yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf yang sedia ada. Menggunakan tanda waqaf mengikut mushaf Madinah terbaru dengan menggugurkan tanda waqaf lam. Mendapat pengiktirafan daripada ulama tajwid dan qiraat yang disegani di dunia iaitu Almarhum Syiekh Mahmud Amin Tantawi, mantan Ketua Lajnah Rujukan Mushaf Syarif di Mesir, mantan Wakil Ulama-Ulama Qiraat di Mesir dan mantan Naib Ketua Persatuan Ulama Qiraat dan Tajwid Dunia. Empat warna cover yang menarik dan sesuai untuk pembelajaran dan hafazan bagi semua lapisan masyarakat. Bersaiz 10 X 14 cm.

Warna: Kuning, Merah, Hijau, Ungu

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf Ibtida' Walimatulurus

(SEM & S/S) RM145.00 > RM127.60

Al-Quran ini dilengkapi panduan Waqaf dan Ibtida’. Disertakan 2 pilihan warna kotak perhiasan di samping set al-Quran. Dilengkapi dengan penunjuk muka surat sebelah bagi memudahkan hafazan serta menjadi rujukan muka surat. Rekaan yang menarik amat sesuai sebagai hadiah dan hantaran pengikat kasih sayang.

4 Warna: Coklat, Pink, Hijau, Biru

Wednesday, March 1, 2017

Allah Dekat Tiada Gawat ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Allah memberi ujian, Allah jua yang memberi jalan penyelesaiannya. Begitulah kasih sayang Allah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap kepedihan ada penawarnya. Justeru, mereka yang hidupnya sentiasa merujuk dan akrab dengan Allah, akan sentiasa mendapat bantuan, pemeliharaan dan pimpinan pada setiap kesusahan dan masalah yang melandanya. Buku ALLAH DEKAT TIADA GAWAT ini adalah usaha kecil untuk menunaikan amanah dakwah untuk diri dan masyarakat. Untuk mengingatkan tentang betapa perlunya Allah berada di dalam hati kita. Tanpa Allah di hati, hidup akan huru-hara apabila diuji. Justeru, ingatlah pesan yang satu ini: Allah dekat tiada gawat!

Berlari Ke Syurga: Tour De Jannah 2.0 ~ Ustaz Ahmad Dusuki

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.
ni semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

ANTARA KANDUNGAN
1. Untuk Allah
2. Untuk Rasulullah ï·º
3. Zikir & Istighfar
4. Jangan Berhenti Berdoa
5. Keluarga
6. Ayyuhal Walad
7. Dosa
8. Al-Quran
9. Kehidupan
10. Ilmu itu Cahaya
11. Sedekah & Rezeki
12. Baik & Buruk
13. Syurga & Neraka

Anarkis: Bangkit ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Sarjan Awai Anak Gamung yang dituduh membunuh peguamnya kini terasak apabila diburu oleh pihak berkuasa dan juga tentera upahan yang motifnya masih misteri. Hasratnya mahu melarikan diri pulang ke Sarawak terhalang apabila mengetahui anaknya, Desmond telah diculik kumpulan tentera upahan yang memburunya. Menyedari nyawa Desmond menjadi taruhan, Awai enggan lagi melarikan diri. Dia memilih untuk berjuang bukan sahaja demi maruahnya, namun juga demi nyawa anaknya. Darah pahlawan Iban yang mengalir di dalam tubuhnya tidak akan tumpah tanpa ada nyawa yang jadi galang gantinya. Dia sedar kini adalah masa untuk si ANARKIS BANGKIT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...